RUMAH TERBUKA FAMA DI VILLA ISTANA

RUMAH TERBUKA FAMA DI VILLA ISTANA

Oleh: Nur Aishah binti Ismail


29 Mei 2022 – Sebuah rumah terbuka yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diadakan di Villa Istana yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Sebuah villa yang tersergam indah ini pastinya dikenali oleh semua masyarakat.

 

 

 

 

 

 


 

                                                            Suasana yang kondusif di Villa Istana, Melaka

 

 



            Antara menu yang dihidangkan buat para tetamuSuasana villa ini yang sangat tenang dan mendamaikan pastinya menjadi pilihan masyarakat di luar sana tambahan pula dengan dekorasinya yang begitu unik. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran usahawan-usahawan FAMA yang berasal dari luar negeri bagi menghadiri majlis rumah terbuka ini.

 

 

 

 

 

 

 




Majlis yang dimulakan pada jam 8 malam ini dihidangkan dengan pelbagai menu yang menjadi pilihan buat para tetamu yang hadir. Antara menu yang disediakan ialah nasi biryani, rendang ayam, lemang, ketupat, sate dan sebagainya. Hidangan pencuci mulut juga turut disediakan buat para tetamu.



Selain itu, terdapat sebuah sudut yang menyediakan pelbagai jenis buah-buahan yang ditaja oleh FAMA seperti buah pisang, naga, rambutan, jambu batu dan buah nangka. Para tetamu menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang disediakan.

 

 

                                            Sudut yang menyediakan pelbagai jenis buah-buahan


Majlis ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan serta galakan dari masyarakat dan pelbagai pihak. Majlis ini berakhir pada jam 10 malam.

 

Comments