KELAS ASAS ADOBE PHOTOSHOP ANJURAN RTC BUKIT SEDANAN BERSAMA CETAQ GEMPAQ DI INKUBATOR K-EKONOMI 14 MEI 2016
Cetaq Gempaq sangat bertuah kerana diberi kepercayaan untuk mengendalikan satu kelas khas iaitu kelas asas Adobe Photoshop dengan bantuan tenaga pengajar iaitu pelajar FTMK (Fakulti Teknologi Maklumat) dari UTEM.
Kelas ini adalah inisiatif daripada Encik Aliff wakil dari RTC Bukit Sedanan Jasin dengan bantuan kakitangan e-Melaka iaitu En. Mohairi, En. Anuar dan En. Firdaus di mana mereka menaja komputer riba untuk peserta belajar pada sesi tersebut dan menaja lokasi.
Disebabkan kejayaan program Sabtu lepas, kami telah sepakat untuk mengadakan satu lagi kelas asas ADOBE ILLUSTRATOR untuk usahawan membina logo syarikat, kad perniagaan, buku resit dan dokumen berkaitan usahawan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 06-2317232
Comments
Post a Comment