APA ITU LOGO?
Apa itu LOGO ?
Logo merupakan suatu bentuk gambar atau lakaran (design) yang membawa maksud dan pengeritan tertentu, dan mewakili dan mengetengahkan jenis perusahaan, daerah, kumpulan, produk, negara, dan lain-lain bagi memperkenalkan identiti masing masing dalam masa yang singkat dan mudah diingat sebagai pengganti dari nama sebenarnya.
FAHAM?
Dalam bahasa yang mudah difahami, sekali imbas kita melihat logo, kita sudah tahu apakah
jenis perniagaan yang dijalankan, jenis produk yang diketengahkan dan jenis perkhidmatan yang
ditawarkan.
Selari dengan peredaran zaman dan persaingan yang sengit, bentuk logo bereveolusi daripada
gambar-gambar atay lakran yang kompleks atau rumit kepada lakaran yang sangat ringkas dan
mudah difahami tetapi masih menarik dan menangkap mata yang memandang.
JENIS DAN CIRI-CIRI SESEBUAH LOGO
Logo terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-
a. Brand Name
b. Work Marks
Sebagai contoh
a. Brand Name
Untuk brandname adalah logo Sony yang hanya tersusun dari kata sony,
b. Word marks
Untuk Shell logo, brand mark yang tersusun dari gambar kerang.
Faham??
a. Brand name bermaksud.. perkataan dari nama syarikat atau produk itu dijadikan logo
cuma dilakar dalam bentuk yang lebih menarik dan cantik.
b. Word marks pula bermaksud kita melambangkan nama perniagaan/ syarikat/ produk melalui
gambaran maksud perkataan tersebut.
Contoh, Shell bermaksud kerang. Jadi ditonjolkan gambar kerang
Air mineral Cactus, ditonjolkan gambar pokok kaktus pada huruf T
Bagaimana pula dengan anda?
Sudah pilih logo yang sesuai dengan nama syarikat anda?
atau sudah ada? Nak fikirkan semula selepas baca info ini?
Emelkan kepada kami jika ada soalan berkaitan dengan maklumat ini.
cetaqgempaq@gmail.com
terima kasih
ADMIN CETAQ GEMPAQ PRINTING
Comments
Post a Comment