PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PESERTA KEM H.O.M.E.S.I.C.K KE MELAKA PLANETARIUM



Masjid Cina Negeri Melaka yang teletak di Krubong Melaka merupakan masjid Cina Muslim yang pertama di negeri Melaka dan ketiga di negara yang menjadi tempat beribadat penduduk setempat dan tarikan pelancongan atas keunikan rekaan bangunannya.

Ia juga mampu menarik minat kaum cina untuk mendalami agama Islam.

Masjid ini berteraskan 2 kubah dan menara besar serta dua pintu gerbang dan bumbung berlapis,

Masjid ini diiuruskan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Melaka atau singkatannya MAIM.

Masjid ini mampu memuatkan lebih kurang 2000 jemaah dalam satu masa.

Antara aktiviti selain aktiviti ibadat solat yang dijalankan oleh kakitangan Masjid Cina Negeri Melaka, mereka juga menganjurkan kem cuti sekolah untuk para pelajar Muslim.

Kem H.O.M.E.S.I.C.K yang bermaksud 'Home of Science & Islamic Challange Kids' Camp merupakan salah satu program yang baru diilhamkan di Masjid Cina Negeri Melaka dan kali ini, satu aktiviti khas ditambah ke dalam aturcara program ini iaitu lawatan sambil belajat ke pusat pembelajaran sains astronomi secara informal iaitu Melaka Planetarium Adventure Science Center (MPASC) di MITC Melaka.

Berminat untuk menjalankan aktiviti cuti sekolah?

Hubungi 011-23730729 atau emelkan ke cetaqgempaq@gmail.com

Comments