AL MARJAN MITC MELAKA
AL MARJAN MITC MELAKA
3
Jun 2022- Pada Jumaat yang lepas, team Melaka Daily telah dijemput bagi menjamu
makanan di Al-Marjan Mitc Melaka. Suasana restoran yang bertemakan ‘Arabic
Cuisine’ ini telah menjadi salah satu tarikan yang berada di Mitc Melaka.
Sebelum ini, restoran ini hanya menyediakan makanan
bertemakan Arabic sahaja tetapi untuk waktu sekarang mereka telah menaiktaraf
menu mereka dengan menyelitkan beberapa jenis menu makanan melayu untuk
pengunjung-pengunjung yang bakal datang menikmati makanan di restoran ini.
Al-Marjan Mitc Melaka |
Selain dari hanya sekadar restoran, di Al Marjan ini
juga terdapatnya mart yang menjual pelbagai jenis makanan, peralatan dan
beberapa makanan tradisional arab. Mereka juga ade satu kiosk khas bagi
pengunjung untuk memberi air ‘blended’ ataupun air boba mengikut citarasa
pengunjung. Disini, pengunjung bebas untuk memilih menu samaada ‘western’,
‘arabic’ ataupun makanan tradisional melayu.
Encik Sufyan iaitu pengurus restoran Al Marjan
berkata, restoran ini menerima tempahan penuh ketika bulan puasa yang lalu
kerana tempat ini agak strategik kerana ruangan parking yang luas dan ruangan
makan nya juga sangat luas. Jadi ianya menjadi tarikan pengunjung bagi
menyambut majlis-majlis keramaian ataupun majlis keluarga seperti sambutan hari
lahir ataupun ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.
Beliau berkata, rakyat melaka dijemput bagi merasai suasana Arabic cuisine ini di Al-Marjan Restaurant yang berada di MITC Melaka serta di beberapa cawangan lain yang berada disekitar Melaka. Pengunjung yang hadir ke restoran ini dijamin bakal merasai suasana yang lain daripada yang lain kerana Al-Marjan menjanjikan makanan yang disajikan dan ruangan yang disediakan adalah servis yang terbaik bagi pengunjung.
Comments
Post a Comment