PROGRAM MOTIVASI GURU-GURU TADIKA JAIM
PROGRAM MOTIVASI GURU-GURU TADIKA JAIM
Oleh: Nur Aishah binti Ismail
28 Jun 2022 – Sebuah program motivasi
guru-guru tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Melaka telah diadakan di
Masjid Cina, Krubong, Melaka. Program ini merupakan anjuran bersama Tadika JAIM
Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
|
Di samping itu, program ini telah bermula
pada jam 2 petang dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Saudara Syamsul Amri
bin Hj Ismail (Syamsul Debat), penceramah bebas yang terkenal itu.
Tajuk motivasi yang diberikan ialah ‘Ledakan
Siber Antara Dosa dan Pahala’ yang mana merupakan tajuk yang penting pada era
ini.
|
Seramai lebih dari 200 para guru yang hadir
ke ceramah motivasi ini yang mana mereka tidak melepaskan peluang bagi
mendengar ceramah motivasi ini dari penceramah bebas yang tidak asing lagi ini.
Pelbagai ilmu baharu yang turut dikongsikan
oleh beliau yang mana sememangnya sangat bermanfaat buat semua yang hadir pada
majlis ini.
Majlis berakhir pada jam lima petang dengan
penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan.
Comments
Post a Comment