SEMINAR PEMERKASAAN EKONOMI ERA ENDEMIK
SEMINAR PEMERKASAAN EKONOMI ERA ENDEMIK
Oleh: Nur Aishah binti Ismail
29 Jun 2022 – Sebuah seminar pemerkasaan
ekonomi era endemik telah diadakan di Hotel Holiday Inn, Melaka yang berlangsung
selama dua hari. Seminar ini merupakan anjuran Institut Koperasi Malaysia Zon
Selatan (IKMa) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
|
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk
Seri Ab Rauf Yusoh, Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan
Usahawan Negeri Melaka. Seminar ini telah melibatkan usahawan-usahawan dan
koperasi yang berminat untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan mereka
bersama dengan usahawan-usahawan yang telah berjaya.
|
Objektif program ini adalah untuk mewujudkan
kesedaran mengenai gaya hidup kewangan individu dan perniagaan dalam menghadapi
era endemic dan isu ekonomi semasa. Selain itu, ia juga memberi idea dan
peluang perniagaan baharu kepada koperasi dan usahawan.
Seminar ini juga memberi tips dan strategi
untuk kekal dalam perniagaan era endemik. Para peserta yang ingin menghadiri seminar
hanya perlu membayar RM 50 bagi koperasi dan RM 100 bagi usahawan.
Usahawan-usahawan yang terlibat di sini
kelihatan tidak melepaskan peluang merebut segala ilmu dan teknik demi
memajukan perniagaan mereka terutama pada era endemik ini. Seminar ini juga
menerima sambutan yang sangat menggalakkan dan berjalan dengan lancar selama
dua hari.
Comments
Post a Comment