MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA MMC DAN DPMM MELAKA

 

Majlis Menandatangani MOU antara MMC dan DPMM Melaka

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

28 Jun 2022 – Sebuah majlis menandatangani memorandum persefahaman (Memorandum of Understanding) antara Mahkota Medical Centre (MMC) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka (DPMM Melaka).




 














Ahli DPMM dan MMC yang hadir ke majlis ini

 




Majlis ini telah bermula pada jam 10 pagi di bilik mesyuarat, pejabat pengurusan hospital tersebut. Ia juga telah dihadiri oleh ahli MMC dan DPMM yang terlibat di dalam majlis ini.

MMC telah diwakili oleh Mr Stanley Lam, Chief Executive Officer dan Mr Tan Kian Hin, Director Marketing manakala DPMM Melaka telah diwakili oleh Tn Hj Abd Halim Husin, YDP DPMM.




Sesi menandatangani MOU antara DPMM dan MMC

 

 

Majlis tersebut juga telah dijalankan dengan sesi perkenalan antara wakil DPMM dan MMC seterusnya dengan pembentangan keistimewaan dan kelebihan hospital berkenaan. Di samping itu, sesi menandatangani MOU tersebut berjalan dengan lancar pada pagi tersebut.

Majlis diakhiri dengan lawatan hospital dan jamuan makan pada jam 11 pagi. Sesi fotografi turut diadakan selepas selesai majlsi tersebut.


Comments

Popular Posts