PROGRAM PEMANTAPAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL

 

PROGRAM PEMANTAPAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

17 Jun 2022 – Sebuah majlis perasmian program pemantapan penjaja dan peniaga kecil telah diadakan di Hotel Mudzafar yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Khaidhirah Datuk Seri Abu Zahar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan RIM pada jam 10 pagi.



                                                            Kehadiran tetamu jemputan ke program ini

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Selain itu, ia dihadiri oleh usahawan-usahawan kecil yang ingin memantapkan lagi pengusahaan perniagaan mereka.

“Ini merupakan suatu program yang sangat baik dan ia merupakan suatu usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan bersama agensi-agensi lain bagi memberi ruang dan penambahbaikan dari segi penjanaan dan pendapatan ekonomi” kata YB Dira Abu Zahar.

 

 

 


                                                 Para peserta yang terlibat ke program ini


P


Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini telah melibatkan seramai lebih dari 200 peserta yang menghadiri program ini. Pelbagai teknik telah diperkenalkan kepada para peserta ini.

Ia juga memberi peluang kepada peniaga-peniaga bagi memperkenal dan mempromosikan produk-produk mereka.

Comments

Popular Posts