2D CAFFE THE SHORE
IFTAR DI 2D CAFFE
27 APRIL 2022 – 2D Caffe adalah café yang
yang terletak di dalam bangunan The Shore dan berada di tingkat 2 bangunan itu. Konsep yang diguna
pakai untuk café ini adalah konsep Alice in the wonderland. Dinding di dalam café
ini penuh dengan art dan setiap lukisan yang mempunyai maksud tersendiri yang
diinspirasikan dari cerita Alice in the wonderland.
2D CAFFE THE SHORE |
Mrs Alexandra, business manager of 2D Caffe berkata, 2D Caffe ditubuhkan pada 1 Februari 2022 dan ini adalah cawangan pertama yang berada di Melaka. Beliau berkata jika berpeluang mereka akan cuba mengembangkan perniagaan ini di negeri lain juga.
Ketika ditanya mengenai tarikan di café
ini, Mrs Alexandra berkata, tarikan utama di café ini adalah asam pedas lamb
shank. Menu ini belum pernah lagi diadakan di mana mana café dan ini menjadikan
2D Caffe memberi kelainan yang lain dari segi menu. Chef yang berada di 2D Caffe
ini juga berasal dari Melaka dan dia juga yang menghasilkan resepi Asam Pedas
Lamb Shank ini. Menu lain yang ada di café ini juga adalah seperti soy garlic
chicken dan spicy chicken wings.
Menu tarikan di 2D Caffe |
Kapasiti yang boleh dimuatkan di café
ini adalah seramai 80 orang dan ada sebuah bilik khas yang disediakan untuk
sambutan hari lahir ataupun sambutan ulang tahun perkahwinan dan sebagainya. Bilik
ini boleh ditempah sekiranya pelanggan inginkan 'privacy' untuk menyambut
sebarang perayaan secara tertutup.
Antara tarikan lain yang ada ialah
mereka mempunyai ruang makanan terbuka yang berada di luar café ini, sekiranya
pelanggan ingin menikmati makanan sambil mencuci mata melihat keindahan the
shore, mereka boleh memilih untuk makan di kawasan meja luar café ini.
Comments
Post a Comment