Bantuan secara one-off meringankan bahu nelayan
Bantuan Secara One-Off Meringankan Bahu
Nelayan
Oleh: Nur Aishah binti Ismail
21 April 2022 – Pada Khamis yang lalu,
sebuah program bayaran insentif sara hidup secara one-off telah diberikan
kepada para nelayan yang bertempat di Serkam, Merlimau. Program yang dihadiri
oleh YB Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian
dan Industri Asas Tani Negeri Melaka telah menyampaikan sumbangan tersebut
kepada 300 orang nelayan di daerah ini.
Program yang bertempat Dewan Kompleks
Japerun Serkam itu telah bermula pada jam 12.30 tengah hari sehingga 2.00
petang. Program ini bertujuan membantu meringankan beban para nelayan yang
bekerja sepenuh masa sebagai seorang nelayan di daerah tersebut.
Sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak
telah menggembirakan hati mereka sekaligus dapat menambah pendapatan sampingan
nelayan-nelayan di negeri Melaka ini. “Bantuan ini diberikan secara empat kali
bayaran kepada mereka mengikut bajet kewangan oleh pihak kerajaan” kata YB
Datuk Abdul Razak. Beliau turut menyatakan bahawa ini ialah bayaran kali
pertama yang diberikan kepada nelayan-nelayan di sini.
Selain dari itu, program ini juga mendapat
sambutan yang sangat menggalakkan dari pelbagai pihak bagi menghargai pekerjaan
mereka. Ia juga merupakan hasil manifesto kerajaan yang ingin memberikan
bantuan secara one-off ini kepada nelayan-nelayan.
“Harapan saya ialah agar bantuan-bantuan
seperti ini diteruskan lagi sama ada dari segi kewangan atau keperluan nelayan
bagi menjana hasil pendapatan nelayan pada masa akan datang” kata Zaidi, salah
seorang nelayan di sini.
Comments
Post a Comment