RUMAH TERBUKA DUN SG RAMBAI
RUMAH TERBUKA DUN SG RAMBAI
7
MEI 2022- Pada sabtu yang lepas, sebuah rumah terbuka Bersama YB Siti Faizah
Binti Datuk Abdul Azis, Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dun Sg Rambai telah
diadakan di Kompleks Japerun Sungai Rambai yang terletak di Sg Rambai, Melaka.
Majlis ini telah bermula pada jam 8 malam yang turut dihadiri oleh YAB Datuk
Seri Utama Dr.Sulaiman Hj Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka Bersama penduduk-penduduk
di daerah ini.
YAB Datuk Seri Utama Dr.Sulaiman Hj Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka |
Makanan yang
dihidangkan adalah seperti nasi tomato, apam balik, aiskrim dan pelbagai jenis
menu yang disediakan. Tambahan lagi, di sini juga terdapat beberapa gerai kecil
yang menyediakan pencuci mulut, buah buahan dan pelbagai lagi. Para penduduk
yang hadir dilihat begitu gembira menikmati juadah-juadah yang dihidangkan.
“Saya
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh penduduk negeri Melaka
terutama penduduk di Dun Sg Rambai ini, yang telah banyak menyokong dan
bekerjasama antara satu sama lain” kata YB Siti Faizah.
Antara Adun yang hadir memeriahkan majlis |
Keriangan
rumah terbuka ini dapat dilihat sangat menyenangkan dan mengembirakan ramai
pihak kerana ini adalah rumah terbuka yang pertama kali diadakan selepas dua
tahu rakyat Malaysia tidak dapat berkumpul akibat dari wabak pandemic COVID-19
yang melanda negara sejak beberapa tahun yang lalu.
Oleh
itu, majlis ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari seluruh penduduk
negeri Melaka dan selain itu dapat juga mengeratkan silaturrahim antara penduduk
dan ahli-ahli dewan undangan negeri yang terlibat.
Comments
Post a Comment