RUMAH TERBUKA DUN RIM

 

RUMAH TERBUKA DUN RIM

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

5 Mei 2022 – Pada Khamis yang lepas, sebuah rumah terbuka bersama YB Datuk Khaidirah Abu Zahar, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka telah diadakan di Dewan Alamanda yang terletak di Jasin, Melaka. Majlis ini telah bermula pada jam 8.00 malam yang juga turut dihadiri oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rostam, Yang Dipertua Negeri Melaka bersama Yang Berbahagia Toh Puan Datuk Wira Dr Hajah Asmah Ab Rahman.


                                                            Rumah Terbuka Dun Rim di Dewan Alamanda, Jasin

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 


Selain itu, majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran YAB Datuk Seri Utama Dr. Sulaiman Hj Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka bersama penduduk-penduduk di daerah ini. Makanan yang dihidangkan seperti nasi beriani, nasi tomato dan pelbagai jenis menu turut dihidangkan di sini.



                                                                    Para tetamu menikmati hidangan menu yang disediakan

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 


Tambahan lagi, di sini juga terdapat beberapa ‘stall’ kecil yang menyediakan hidangan pencuci mulut seperti cendol, buah-buahan dan lain-lain. Para pengunjung dilihat begitu gembira menikmati juadah-juadah yang dihidangkan.

“Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh penduduk negeri Melaka terutama penduduk di Dun Rim ini, yang telah banyak menyokong dan bekerjasama antara satu sama lain” kata YB Datuk Khaidirah.

                                                                        TYT Tun bersama penduduk di DUN Rim

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rumah terbuka yang diadakan ini ialah kali pertama selepas dua tahun rakyat Malaysia tidak dapat berkumpul akibat wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak beberapa tahun yang lalu.

Oleh itu, majlis ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari seluruh penduduk selain dapat mengenali dan mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

 

Comments

Popular Posts