PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK BERSAMA YB SENATOR DATUK MOHD RIDHWAN MOHD ALI

 

PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK BERSAMA

YB SENATOR DATUK MOHD RIDHWAN MOHD ALI

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

26 April 2022 – Sebuah program edaran bubur lambuk yang disampaikan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Ridhwan Mohd Ali, Ahli Dewan Negara telah dijalankan di sebuah pasar raya Mydin yang bertempat di Ayer Keroh, Melaka.



                                  Edaran bubur lambuk yang diberikan kepada para pengunjung

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Program yang kali ke-2 dijalankan ini ialah hasil kolaborasi bersama Melaka Hari Ini dengan tajaan bersama Melaka Tourism Association dan lain-lain. Program ini telah bermula jam 4.00 petang yang dimulai dengan ucapan YB Senator seterusnya edaran dijalankan kepada pengunjung-pengunjung di pasar raya tersebut.

Selain itu, sebanyak lebih dari 800 bubur lambuk telah diedarkan secara rawak kepada pengunjung yang hadir di sana bermula jam 4.30 petang. Program ini juga telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pelbagai pihak dan pasti akan diteruskan lagi pada masa akan datang.



                            YB Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali bersama rakan penaja yang lain

“Kami memilih pasar raya Mydin ini sebagai pilihan kerana ramai pengunjung yang datang ke sini dan ini adalah salah satu cara kita bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain” kata Madelina Kuah, Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA).

Di samping itu, beliau turut menyatakan bahawa edaran bubur lambuk itu berjalan dengan lancar dan dijangka akan tamat diedarkan pada jam 5.00 petang.





Comments

Popular Posts