‘HAIYANA KITCHEN’ TAWARKAN HIDANGAN TRADISI SARAWAK
‘HAIYANA KITCHEN’ TAWARKAN HIDANGAN TRADISI SARAWAK
Oleh: Nur Aishah binti Ismail
Menikmati hidangan tradisi Sarawak di negeri
lain merupakan perkara yang istimewa yang patut dibanggakan. Haiyana Kitchen yang
terletak di Durian Tunggal, Melaka ini bukan sahaja menyediakan hidangan tradisi
Sarawak, malah ia juga telah menyediakan pelbagai hidangan tradisi melayu yang
lain mengikut kesesuaian citarasa masyarakat Malaysia. Lokasi yang begitu
stategik itu telah menarik ramai pelanggan demi menikmati masakan asal Sarawak
yang disediakan di restoran tersebut.
Haiyana Kitchen, Durian Tunggal, Melaka
Antara hidangan utama di Haiyana Kitchen ini ialah ‘mi kolok’ dan ‘laksa
Sarawak’ yang mana menggunakan ramuan dan resipi sendiri dari pengasas restoran
tersebut. Menerusi carian di laman media sosial, hidangan ini telah mendapat
permintaan yang tinggi dari pelanggan tempatan mahupun pelanggan luar sekaligus
telah mengangkat produk Sarawak ini yang mana hanya menggunakan ramuan perapan
dari gula apong dan lada Sarawak.
Selain itu, Haiyana Kitchen juga mempunyai dua cawangan di Melaka iaitu
di Durian Tunggal dan Bandaraya Melaka. Kedua-dua cawangan ini telah mendapat
sambutan yang amat mengalakkan dari ramai pelanggan. Hal ini kerana, pelanggan
mungkin telah dapat mengenali masakan Sarawak tanpa perlu menjejakkan kaki ke
sana.
Apa yang lebih menarik, restoran ini turut menyediakan pelbagai hidangan
lain tradisi Sarawak seperti Nasi Lalapan. Hidangan ini merupakan antara makanan
popular di Miri, Sarawak yang mana menu utama hidangannya ialah ikan, ayam,
atau daging goreng yang dimakan bersama sambal belacan dan ulam-ulaman.
Pelanggan membuat pesanan di kaunter Haiyana Kitchen
Haiyana Kitchen beroperasi setiap hari bermula pada jam 12 tengah hari
sehingga 12 malam. Tambahan pula, ia juga turut menyediakan perkhidmatan
tempahan atau perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan. Para
pelanggan seharusnya mengambil peluang bersantap bersama keluarga sambil
menikmati hidangan tradisi Sarawak di Haiyana Kitchen, Durian Tunggal, Melaka.
Comments
Post a Comment