“ MAICARE CAFE AND SPA “ MENJADI KELAINAN UNTUK PENGUNJUNG

 “ MAICARE CAFE AND SPA “ MENJADI KELAINAN UNTUK PENGUNJUNG

 

Oleh : NUR ATIKAH BINTI SALIM

 

Maicare cafe and spa ialah cafe yang memberi kelainan dengan mengabungkan konsep cafe and spa dalam satu tempat dan ianya menjadi tarikan kerana konsep yang jarang digunakan bagi sesebuah perniagaan makanan dan kecantikan. Pemilik cafe Fara Shafika Binti Rafidi berkata , konsep cafe dan spa ini adalah gabungan idea dari peniagaan keluarga dimana ibunya adalah pemilik spa , jadi mereka bergabung idea untuk menyatukan cafe dan spa ini supaya menjadi satu perniagaan dan kelainan untuk menarik lagi perhatian pengunjung.


                                                      MAICARE CAFE AND SPA . AYER KEROH

Cafe ini telah tertubuh sejak 2009 sehingga sekarang , akan tetapi menu steamboat and grill itu baru sahaja dikenalkan sejak 2 bulan lalu. Cafe ini terletak di Ayer Keroh berdekatan Kota Cemerlang. Waktu operasi cafe dan spa ini adalah setiap hari kecuali hari Khamis bermula jam 5 petang sehingga 10 malam , manakala spa hanya dibuka untuk yang telah membuat temujanji , hal ini kerana bagi mengelakkan sebarang masalah sepanjang pandemik covid-19 ini.

 

Antara hidangan yang ditawarkan adalah steambot and grill dimana ia seakan sama dengan seoul garden tapi ia nya ditawarkan dengan harga yang mampu milik. Steambot ini mempunyai dua pilihan sup iaitu sup ayam dan tomyam dan pengunjung bebas untuk memilih satu satu dari pilihan itu untuk dijadikan hidangan. Manakala untuk grill , mereka menggunakan sos lada hitam yang dibuat sendiri.

 

Selain itu , maicare and spa juga menjadi tempat hub bagi produk susu farm fresh , yang dimana pemilik maicare cafe and spa ini juga adalah stokis produk tersebut di Melaka. Setakat ini mereka mempunyai 4 orang pekerja yang menguruskan cafe dan hub susu , manakala 2 orang pekerja yang akan menguruskan spa.

 

 

Waktu beroperasi Maicare Cafe and Spa

 

Ditanya mengenai perancangan untuk menambah cawangan di sekitar melaka atau pun di luar Melaka , Puan Fara Syafika berkata , buat waktu sekarang mereka memilih untuk tidak berfikir mengenai perkara itu disebabkan mereka mengalami kekangan pekerja dan dalam masa yang sama , dia juga mempunyai perniagaan lain seperti kedai aiskrim , jadi beliau memilih untuk lebih fokus kepada perniagaan yang sedia ada sehingga perniagaan ini menjadi terkenal dan dikenali oleh lebih ramai orang lagi.

 

Comments

Popular Posts