TM SME ROAD TOUR DI HAIYANA KITCHEN, MELAKA
TM SME ROAD TOUR DI HAIYANA KITCHEN, MELAKA
Oleh: Nur Aishah binti Ismail
Restoran Haiyana Kitchen, Durian Tunggal, Melaka
Metodologi yang digunakan ialah dengan mengumpulkan
ejen-ejen unifi di dalam dan luar negeri Melaka yang bekerjasama untuk
menjalankan program ini. Di samping itu, program ini juga merupakan aktiviti
mingguan Telekom Malaysia (TM) di restoran – restoran yang terpilih. Negeri
Melaka merupakan negeri yang ke – 11 dijelajah bagi melaksanakan program ini
disusuli dengan beberapa negeri yang akan diteruskan lagi.
Ejen-ejen unifi dari pelbagai negeri
Program ini telah bermula pada jam 10 pagi
dengan santapan pagi yang telah ditaja oleh pihak penganjur. Seramai lebih dari
70 orang telah menghadiri program ini sekaligus menjadi negeri yang mendapat
penyertaan ejen yang paling ramai. Ia turut disertai dari wakil Head Quarters
(HQ) of SME Melaka.
Di samping itu, ia dimulakan dengan ucapan
aluan dari pengacara majlis iaitu Puan Siti Noraishah wakil dari SME Melaka. Program
tersebut diteruskan lagi dengan pimpinan bacaan doa bagi memberkati program
tersebut.
Sesi fotografi
Program ini berjalan dengan lancar dan
diteruskan dengan pergerakan ejen-ejen unifi ke kawasan-kawasan yang telah
ditetapkan bagi mencapai target sasaran jualan unifi seperti yang telah dimaklumkan.
Comments
Post a Comment