PROGRAM SUMBANGAN ‘BACK TO SCHOOL’

 PROGRAM SUMBANGAN ‘BACK TO SCHOOL’

    Pada 19 Mac yang lalu, pihak Akademi Ibnu Rusyd telah menganjurkan sebuah program yang bernama ‘Back To School’. Program ini telah dijalankan pada hari Sabtu kira-kira jam 10 pagi. Program tersebut telah berlangsung di pusat membeli-belah Mydin MITC, Ayer Keroh, Melaka dengan membawa pelajar yang terlibat untuk membeli barang keperluan menjelang hari persekolahan yang akan tiba.

    Antara faktor yang mendorong bagi menjalankan program tersebut ialah kerana terdapat sumbangan dari pelbagai pihak seterusnya adalah untuk membantu meringankan perbelanjaan bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan bagi menampung perbelanjaan persekolahan mereka. Hal ini kerana, terdapat ramai ibu bapa yang tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke sekolah disebabkan wang perbelanjaan yang kurang mencukupi untuk menampung yuran persekolahan anak-anak mereka.

    Seramai 10 orang pelajar telah terlibat di dalam program ini yang mana telah dipilih berdasarkan maklumat yang diperolehi dari media sosial. Jumlah kos yang diperuntukkan bagi program ini ialah sebanyak RM 1000, bersamaan dengan RM 100 bagi setiap seorang. Hasil dari sumbangan orang ramai ini telah mampu menampung barang keperluan yang diperlukan oleh seorang pelajar untuk ke sekolah.

    Para pelajar menghadiri di pusat membeli-belah tersebut dengan menaiki kenderaan sendiri bersama ibu bapa mereka. Antara barang keperluan yang disumbangkan kepada mereka ialah baju dan seluar sekolah, songkok, tudung sekolah, beg sekolah dan juga alat tulis.

    Program tersebut berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan sesi makan tengah hari bersama pelajar yang terlibat di sebuah restoran KFC Bukit Katil, Melaka. Para pelajar dilihat begitu gembira bersama keluarga mereka pada hari tersebut.

 






Comments

Popular Posts