AL MARJAN MITC MELAKA

 

AL MARJAN MITC MELAKA

oleh : Nur Atikah Binti Salim 

 3 Jun 2022- Pada Jumaat yang lepas, team Melaka Daily telah dijemput bagi menjamu makanan di Al-Marjan Mitc Melaka. Suasana restoran yang bertemakan ‘Arabic Cuisine’ ini telah menjadi salah satu tarikan yang berada di Mitc Melaka.

Sebelum ini, restoran ini hanya menyediakan makanan bertemakan Arabic sahaja tetapi untuk waktu sekarang mereka telah menaiktaraf menu mereka dengan menyelitkan beberapa jenis menu makanan melayu untuk pengunjung-pengunjung yang bakal datang menikmati makanan di restoran ini.


Al-Marjan Mitc Melaka


Selain dari hanya sekadar restoran, di Al Marjan ini juga terdapatnya mart yang menjual pelbagai jenis makanan, peralatan dan beberapa makanan tradisional arab. Mereka juga ade satu kiosk khas bagi pengunjung untuk memberi air ‘blended’ ataupun air boba mengikut citarasa pengunjung. Disini, pengunjung bebas untuk memilih menu samaada ‘western’, ‘arabic’ ataupun makanan tradisional melayu.

Encik Sufyan iaitu pengurus restoran Al Marjan berkata, restoran ini menerima tempahan penuh ketika bulan puasa yang lalu kerana tempat ini agak strategik kerana ruangan parking yang luas dan ruangan makan nya juga sangat luas. Jadi ianya menjadi tarikan pengunjung bagi menyambut majlis-majlis keramaian ataupun majlis keluarga seperti sambutan hari lahir ataupun ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.

Beliau berkata, rakyat melaka dijemput bagi merasai suasana Arabic cuisine ini di Al-Marjan Restaurant yang berada di MITC Melaka serta di beberapa cawangan lain yang berada disekitar Melaka. Pengunjung yang hadir ke restoran ini dijamin bakal merasai suasana yang lain daripada yang lain kerana Al-Marjan menjanjikan makanan yang disajikan dan ruangan yang disediakan adalah servis yang terbaik bagi pengunjung.

 

 

 

 

Comments