TAYANGAN FILEM BERSAMA TYT MELAKA

Tayangan filem bersama TYT Melaka

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

Tayangan filem dokumentari di MBO Melaka Mall

 


30 Mei 2022 – Sebuah tayangan filem ‘Henry of Malaysia, A Malay and A Magellan’ (Panglima Awang) telah ditayangkan di sebuah pawagam yang terletak di MBO Melaka Mall, Ayer Keroh Melaka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dengan bekerjasama Dream Art Work Sdn Bhd menayangkan filem dokumentari ini bersama TYT Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali Mohd Rustam. Tayangan filem ini bermula pada jam 4.00 petang dengan ketibaan para jemputan dan ahli yang terlibat.

“Saya dapati dari apa yang ditayangkan tadi ialah sebenarnya untuk menukarkan persepsi orang Melayu yang mengikut Magellan mengelilingi dunia tetapi tidak sampai ke peringkat akhir, yang hanya sampai di Filipina akhirnya meninggal dunia di situ.

 

 



TYT Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan program pada hari tersebut

 
  


“Saya juga dapati dari filem ini bahawa bangsa Melayu bukan sahaja bangsa yang mempunya martabat, bahkan bangsa yang mempunyai pandangan yang jauh yang tidak akan mengembara jika tiada ilmu” kata Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Rahim Haji Abu, Ahli Lembaga Pengarah DMDI.

Di samping itu, menurut salah seorang penonton filem ini, ia juga dapat mengajar kita mengenai sejarah dan ia sesuatu filem yang sangat baik terutama untuk golongan muda.

 


Comments