MAJLIS KONVOKESYEN ILTJM, ILP SELANDAR

 

MAJLIS KONVOKESYEN ILTJM, ILP SELANDAR

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

27 Jun 2022 – Majlis Konvokesyen Ke-25 Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di Insititut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, Melaka telah diadakan pada Isnin yang lalu. Majlis ini bertempat di Dewan Iltizam, ILP Selandar yang bermula pada jam 10 pagi.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran TYT Tun Sri Setia Dr Haji Ali Mohd Rustam, Yang Di- Pertua Negeri Melaka bersama Kementerian Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.

Majlis konvokesyen yang dijalankan ini merupakan kali pertama dijalankan di sini hal ini kerana, yang sebelum ini hanya dilaksanakan secara berpusat. Oleh hal yang demikian, majlis ini telah berlangsung selama satu hari dan melibatkan 110 dari 250 graduan yang terlibat.

“Hanya hampir separuh dari para graduan yang dapat hadir ke majlis ini disebabkan kekangan masa dan kesibukan masing-masing kerana ada di antara mereka yang tinggal di perantauan dan telah mula melakukan pekerjaan masing-masing” kata Ts. Dr. Hj. Sabri Zainuddin, Pengarah ILP Selandar.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa ada di antara para graduan ini yang menyambung pengajian mereka dan memulakan perniagaan. Oleh itu, tenaga pengajar di sini telah pun menyuntik ilmu keusahawanan agar tidak berharap untuk bekerja dengan majikan, sebaliknya mereka perlu menggunakan kepakaran dan kreativiti masing-masing bagi memulakan sesuatu perniagaan.

“Saya berasa bersyukur dan bangga kerana majlis konvokesyen ini telah berjalan dengan lancar dengan bantuan dan usaha dari seluruh staf dan warga ILP Selandar serta bantuan komuniti setempat walaupun pertama kali diberikan mandat” ulasnya lagi.

 

Comments