TAYANGAN BOLA SEPAK DI JAPERUN DUYONG

TAYANGAN BOLA SEPAK DI JAPERUN DUYONG

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

14 Jun 2022 – Sebuah tayangan perlawanan bola antara Malaysia dan Bangladesh telah diadakan di sebuah japerun yang terletak di Duyong, Melaka. Tayangan yang ditayang menggunakan skrin layar ini telah mengumpulkan penduduk-penduduk di kawasan ini bagi menyaksikan perlawanan bola pada hari tersebut.

Turut hadir, pengurus bola sepak Melaka United, Muhd Akram Abdullah dan pegawai khas YB Norhelmy, Adun Duyong iaitu Nur Irfan Azizi Nordin ke tayangan perlawanan yang dilaksanakan di Japerun Duyong ini. Ia sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk kampung dan antara satu sama lain.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya di atas jaringan 4-1 di dalam perlawanan antara Malaysia dan Bangladesh ini dan juga tahniah kepada masyarakat Adun Duyong atas kehadiran anda dalam menyokong perlawanan bola sepak yang ditayangkan di skrin besar pada malam ini” kata Irfan Azizi.

“Kita mengadakan tayangan skrin besar ini adalah bagi memudahkan peminat-peminat di sekitar komuniti Duyong ini bagi bersama-sama menyaksikan perlawanan bola sepak ini” kata Akram Abdullah.

Kehadiran penduduk kampung di kawasan Duyong sekaligus telah memeriahkan lagi program ini selain dapat melahirkan semangat kesukanan antara satu sama lain.


Comments