PROGRAM MOTIVASI GURU-GURU TADIKA JAIM

 

PROGRAM MOTIVASI GURU-GURU TADIKA JAIM

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

28 Jun 2022 – Sebuah program motivasi guru-guru tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Melaka telah diadakan di Masjid Cina, Krubong, Melaka. Program ini merupakan anjuran bersama Tadika JAIM Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.



Guru-guru tadika JAIM yang hadir ke ceramah motivasi di Masjid Cina

 

 


Di samping itu, program ini telah bermula pada jam 2 petang dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail (Syamsul Debat), penceramah bebas yang terkenal itu.

Tajuk motivasi yang diberikan ialah ‘Ledakan Siber Antara Dosa dan Pahala’ yang mana merupakan tajuk yang penting pada era ini.



Saudara Ust Syamsul Debat memberikan ceramah beliau kepada para guru

 
 

 

 

 

 


Seramai lebih dari 200 para guru yang hadir ke ceramah motivasi ini yang mana mereka tidak melepaskan peluang bagi mendengar ceramah motivasi ini dari penceramah bebas yang tidak asing lagi ini.

Pelbagai ilmu baharu yang turut dikongsikan oleh beliau yang mana sememangnya sangat bermanfaat buat semua yang hadir pada majlis ini.

Majlis berakhir pada jam lima petang dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan.

Comments