MINGGU PMKS 2022, MINGGU USAHAWAN NEGARA

MINGGU PMKS 2022, MINGGU USAHAWAN NEGARA

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

2 Julai 2022 – Penganjuran Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2022 telah diadakan di Aeon Bandaraya Melaka bermula 2 hingga 4 Julai yang lalu. karnival yang diadakan di negeri ini adalah sempena Minggu Usahawan Nasional (MUN) dan Minggu PMKS Peringkat Negeri Melaka 2022.

Pelbagai aktiviti turut diadakan di sini antaranya ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, ‘Barbershop Advance’, cabutan bertuah, demo penyediaan pes masakan Koperasi Usahawan Asnaf Melaka Berhad, persembahan artis dan sebagainya.



                                                        Persembahan artis Expose Band di Aeon Bandaraya Melaka

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 


Majlis ini juga telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan, Usahawan dan Koperasi pada hari pertama karnival ini dijalankan iaitu 2 Julai 2022 pada jam 4 petang.

Di samping itu, terdapat beberapa taklimat diadakan buat para usahawan seperti Taklimat Bantuan Kewangan dan Pembiayaan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang disampaikan oleh SME Corp Malaysia, SME Bank dan CGC.

 

 

                        Antara aktiviti yang diadakan iaitu pertandingan mewarna kanak-kanak

  

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kepada para usahawan berkaitan geran dan pembiayaan, panduan permohonan, kriteria kelayakan, pakej bantuan dan sebagainya.

Seminar ini berjalan dengan lancar dan menerima sambutan yang sangat menggalakkan dari pelbagai pihak. Seminar ini juga merupakan program tahunan SME Corp yang dijalankan di setiap negeri.

 


Comments