PROGRAM TOWNHALL BEMBANKU MAJU JAYA

 

Program Townhall Bembanku Maju Jaya

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

14 Jun 2022 – Sebuah program ‘townhall’ Bembanku Maju Jaya telah diadakan di sebuah japerun yang terletak di Bemban. Program yang bermula pada jam 2.00 petang itu dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Wira Hassan Bin Abd Rahman, Pengerusi Penyelaras Japerun Bemban.

Turut hadir, Datuk Shadan Hj Othman, Yang Di Pertua, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Negeri Melaka serta Datuk Zainol Samah, Ketua Polis Melaka ke program ini.


 


Ketibaan para jemputan ke Program Townhall Bemban Maju Jaya

Program ini bekerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MERCY Malaysia yang mana menawarkan pelbagai pakej perubatan, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

Selain itu, program ini mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dengan kehadiran penduduk-penduduk kampung di kawasan ini. Ia telah memberi ruang dan peluang kepada para penduduk bagi menyuarakan pendapat dan hak mereka.

 

 

                                            Pemberian cenderamata kepada YDP MPHTJ


Ia juga merupakan komunikasi dua hala antara penduduk dan pihak yang berkuasa bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan. Malah, mereka juga berbincang mengenai solusi yang terbaik bagi masalah tersebut.

Program ini berakhir pada jam 5.00 petang dengan santapan petang bersama para pengunjung yang hadir ke program ini.

 

Comments