SEMINAR PEMERKASAAN EKONOMI ERA ENDEMIK

SEMINAR PEMERKASAAN EKONOMI ERA ENDEMIK

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

29 Jun 2022 – Sebuah seminar pemerkasaan ekonomi era endemik telah diadakan di Hotel Holiday Inn, Melaka yang berlangsung selama dua hari. Seminar ini merupakan anjuran Institut Koperasi Malaysia Zon Selatan (IKMa) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.



Majlis Perasmian oleh YB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 


Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka. Seminar ini telah melibatkan usahawan-usahawan dan koperasi yang berminat untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan mereka bersama dengan usahawan-usahawan yang telah berjaya.



Antara slot yang disediakan buat para usahawan yang terlibat ke seminar ini

 
 

 

 

 

 

 


Objektif program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai gaya hidup kewangan individu dan perniagaan dalam menghadapi era endemic dan isu ekonomi semasa. Selain itu, ia juga memberi idea dan peluang perniagaan baharu kepada koperasi dan usahawan.

Seminar ini juga memberi tips dan strategi untuk kekal dalam perniagaan era endemik. Para peserta yang ingin menghadiri seminar hanya perlu membayar RM 50 bagi koperasi dan RM 100 bagi usahawan.

Usahawan-usahawan yang terlibat di sini kelihatan tidak melepaskan peluang merebut segala ilmu dan teknik demi memajukan perniagaan mereka terutama pada era endemik ini. Seminar ini juga menerima sambutan yang sangat menggalakkan dan berjalan dengan lancar selama dua hari.

 


Comments