RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KERAJAAN NEGERI MELAKA

 

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KERAJAAN NEGERI MELAKA

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

28 Mei 2022 – Seramai lebih dari 25,000 pengunjung yang hadir ke Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bagi menghadiri sebuah rumah terbuka aidilfitri kerajaan negeri Melaka. Penganjuran rumah terbuka pada kali ini berlangsung dalam suasana yang begitu meriah selepas dua tahun tertangguh akibat wabak COVID-19.

Di samping itu, majlis ini juga turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari.

Pelbagai juadah yang disajikan di sini antaranya ialah nasi minyak, ketupat, rendang, aneka sup, sate dan sebagainya. Terdapat juga pelbagai jenis kuih-muih, buah-buahan dan pencuci mulut yang dihidangkan di sini.

Majlis ini mendapat sambutan dan galakan yang sangat baik selain dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakyat dan pemimpin. Majlis ini juga berakhir pada jam enam petang.

 

Comments