RUMAH TERBUKA DUN AYER LIMAU
RUMAH TERBUKA DUN AYER LIMAU
Oleh: Nur Aishah binti Ismail
6 Mei 2022 – Sebuah rumah terbuka bersama
YB Datuk Hameed MK Basheer telah diadakan di Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka
pada hari Jumaat yang lalu. Majlis yang turut dihadiri oleh TYT Tun Seri Setia
Dr Mohd Ali Mohd Rostam telah memeriahkan lagi majlis rumah terbuka pada hari
tersebut. Kemeriahan majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran para jemputan
yang begitu ramai bermula jam 8 malam.
|
Pelbagai menu dan juadah yang disediakan di
sini antaranya ialah ketupat, rendang ayam, mee goreng, roti canai, cendol dan
pelbagai jenis minuman juga disediakan buat para tetamu.
Kedudukan tempat yang begitu strategik
telah memberi peluang kepada para tetamu jemputan yang lain untuk menikmati
hidangan dengan begitu selesa dan mudah. Para tetamu mengambil makanan
menggunakan kaedah ‘self-service’ yang turut memberi kepuasan dan
kemudahan kepada mereka.
Majlis rumah terbuka ini sungguh meriah dan
berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari
pelbagai pihak.
Comments
Post a Comment