RUMAH TERBUKA DUN KESIDANG

RUMAH TERBUKA DUN KESIDANG

  oleh : Nur Atikah Binti Salim

 12 MEI 2022- Pada khamis yang lepas, sebuah rumah terbuka Bersama Penyelaras Dun Kesidang telah diadakan di Kampung Tengah yang terletak di Melaka Baru, Melaka. Majlis ini telah bermula pada jam 1 petang dan berakhir pada jam 5 petang.

 

 Makanan yang dihidangkan adalah seperti ketupat, rendang, aiskrim dan pelbagai jenis menu yang disediakan. Tambahan lagi, di sini juga terdapat beberapa pencuci mulut, buah buahan dan pelbagai lagi. Para penduduk yang hadir dilihat begitu gembira menikmati juadah-juadah yang dihidangkan.

 

“Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh penduduk negeri Melaka terutama penduduk di Dun Kesidang ini, setelah 2 tahun kita tidak dapat mengadakan sebarang majlis perhimpunan seperti ini dan akhirnya tahun ini kita berjaya mengadakan Majlis Rumah Terbuka Dun Kesidang ini. Jadi diharapkan ianya sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengeratkan silaturrahim sesama penduduk di dun ini ” kata Penyelaras Dun Kesidang, Tuan Hj.Mohd Sarif Bin Hj Daud.

 

Keriangan rumah terbuka ini dapat dilihat sangat menyenangkan dan mengembirakan ramai pihak kerana ini adalah rumah terbuka yang pertama kali diadakan selepas dua tahu rakyat Malaysia tidak dapat berkumpul akibat dari wabak pandemic COVID-19 yang melanda negara sejak beberapa tahun yang lalu.

 

Oleh itu, majlis ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari seluruh penduduk negeri Melaka dan selain itu dapat juga mengeratkan silaturrahim antara penduduk dan ahli-ahli dewan undangan negeri yang terlibat.


Comments

Popular Posts