RUMAH TERBUKA DUN AYER MOLEK

 

RUMAH TERBUKA DUN AYER MOLEK

 Oleh: Nur Atikah Binti Salim 

 30 MEI 2022- Pada Isnin yang lalu, Ahli Undangan Negeri Ayer Molek telah mengadakan satu majlis rumah terbuka aidilfitri yang dijalankan di Japerun Ayer Molek . Majlis ini telah bermula pada jam 8 malam dan berakhir sekitar jam 11 malam. Majlis ini juga menjadi penutup kepada segala majlis rumah terbuka yang diadakan oleh kerajaan Negeri Melaka dan Dun Ayer Molek menjadi Dun terakhir yang menjalankan Majlis Rumah Terbuka ini.

 

Datuk Rahmad Mariman, Adun Ayer Molek

 Makanan yang dihidangkan adalah seperti ketupat, rendang, aiskrim dan pelbagai jenis menu menarik yang telah disediakan. Tambahan lagi, di sini juga terdapat beberapa pencuci mulut, buah buahan dan pelbagai lagi. Majlis turut dihadiri oleh TYT Melaka iaitu Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam dan juga Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Sulaiman Bin Md Ali.

 

“Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua penduduk di Ayer Molek dan kawasan sekitar.  Dun ini telah dipilih menjadi Dun terakhir yang mengadakan Majlis Rumah terbuka kerajaan Negeri Melaka bagi tahun 2022 ini, Justeru itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih bagi mereka yang sudi hadir ke majlis rumah terbuka adun ini, semoga majlis rumah terbuka ini akan dapat dilaksanakan lagi pada tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya ” kata Datuk Rahmad Bin Mariman iaitu Adun Ayer Molek.

 

Keriangan rumah terbuka ini dapat dilihat sangat menyenangkan dan mengembirakan ramai pihak kerana ini adalah rumah terbuka yang pertama kali diadakan selepas dua tahu rakyat Malaysia tidak dapat  berkumpul akibat dari wabak pandemic COVID-19 yang melanda negara sejak beberapa tahun yang lalu.

 

Oleh itu, majlis ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari seluruh penduduk negeri Melaka dan selain itu dapat juga mengeratkan silaturrahim antara penduduk dan ahli-ahli dewan undangan negeri yang terlibat.

 

 

Comments