RUMAH TERBUKA DUN SERKAM

 


RUMAH TERBUKA DUN SERKAM

Oleh: Nur Aishah binti Ismail









26 Mei 2022 – Pada Khamis yang lalu, sebuah rumah terbuka telah diadakan di Japerun Serkam oleh YB Datuk Zaidi bin Attan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Serkam.

 

 

 

 

 

 

 

 

                                            Pelbagai juadah disediakan buat para tetamu yang hadir

 

 




TYT Tun Seri Setia Hj Mohd Ali Mohd Rostam bersama isterinya diiringi oleh YB Datuk Zaidi Atan


Majlis rumah terbuka pada malam tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Hj Mohd Ali Muhd Rustam, Yang di Pertua Negeri Melaka bersama isterinya. Di samping itu, majlis yang bermula pada jam 8 malam ini menghidangkan pelbagai jenis juadah makanan yang membuatkan para tetamu menjadi rambang mata untuk memilih menu makanan yang mereka sukai.

 

                                                            Qasidah  turut dihalwakan buat para tetamu yang hadir

 


Tapak kawasan japerun yang luas ini memberi peluang kepada penduduk-penduduk terutamanya untuk membuka gerai-gerai makanan mereka bagi memberi peluang kepada tetamu menikmati pelbagai menu yang disediakan.

Antara menu-menu yang menarik di sini ialah nasi tomato, nasi lemak, kambing bakar dan tidak lupa juga makanan tradisi hari raya orang Islam iaitu nasi impit dan kuah kacang serta rendang ayam dan daging.

Majlis rumah terbuka pada malam tersebut berjalan dengan lancar dan kelihatan para tetamu sangat gembira menikmati juadah makanan yang telah disediakan.

 

Comments

Popular Posts