RUMAH TERBUKA ZAI MUSIC WORLD (ZMW), AYER KEROH, MELAKA

 

RUMAH TERBUKA ZAI MUSIC WORLD (ZMW), AYER KEROH, MELAKA

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

28 Mei 2022 – Pada Sabtu yang lalu, sebuah rumah terbuka anjuran Zai Music World telah diadakan di Kota Fesyen, MITC Ayer Keroh, Melaka. Zai Music World yang ditubuhkan pada 1 September 2019 ini telah mendapat kelulusan dari Ketua Menteri Melaka dan diuruskan oleh CEO & Pengerusi, Sir Zaini Abbas, ahli etnomuzik dengan pengalamannya yang lebih dari 20 tahun di dalam bidang ini.





Sir Zaini Abbas, CEO ZMW memainkan alat muzik gitar di dalam studio

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


ZMW turut menawarkan pelbagai kursus muzik tradisional dan moden dan sijil antarabangsa yang membolehkan pelajar yang terlibat mampu meluaskan bakat mereka di dalam dan luar negara. Dengan pelbagai alatan yang disediakan, ia pastinya mampu memberi peluang dan minat kepada masyarakat di luar sana yang ingin menjadi pemain muzik.

Oleh yang demikian, rumah terbuka ini juga diadakan bersama pelajar baharu Tajaan Pelajar Berbakat (TPB). Majlis ini dimulakan seawal jam satu tengahari dengan kehadiran pelajar bersama ibu bapa mereka.

Selain itu, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara guru-guru muzik dan ibu bapa pelajar yang hadir ke majlis rumah terbuka ini. Mainan alat muzik yang didendangkan buat para tetamu telah menyerikan lagi majlis pada hari tersebut.



Ucapan hari raya oleh para tetamu yang hadir

 
 

 

 

 

 


 

 


Pelbagai menu dihidangkan di sini antaranya ialah nasi impit, lemang, rendang ayam dan daging dan sebagainya. Para tetamu menikmati hidangan yang disediakan sambil mendengar nyanyian alunan muzik yang dialunkan.

Majlis ini mendapat sambutan yang sangat baik dan menggalakkan dari kalangan ibu bapa, guru-guru, pelajar dan media. Majlis ini berakhir pada jam lima petang dengan ucapan hari raya dari para tetamu yang hadir.

 

 

Comments

Popular Posts