RUMAH TERBUKA UTC MELAKA

 

RUMAH TERBUKA UTC MELAKA

 Oleh: Nur Atikah Binti Salim 

 1 Jun 2022- Pada Rabu yang lepas, sebuah rumah terbuka telah diadakan di UTC Melaka. Majlis ini telah bermula pada jam 9 pagi sehingga 12 tengahhari . Majlis telah diadakan di kafeteria UTC yang juga baru dibuka dan dirasmikan semasa majlis rumah terbuka itu berlangsung.

 

 Makanan yang dihidangkan adalah seperti ketupat, rendang dan pelbagai jenis menu menarik yang telah disediakan. Tambahan lagi, di sini juga terdapat beberapa pencuci mulut, buah buahan dan pelbagai lagi. Para tetamu yang hadir dilihat begitu gembira menikmati juadah-juadah yang dihidangkan.

 

kafeteria UTC

“Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh penduduk negeri Melaka terutama tetamu tetamu yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka ini. Saya menyeru kepada rakyat melaka supaya dapat datang dan menikmati cafeteria baru UTC yang bakal menjanjikan rasa dan harga yang berpatutan. ” kata Datuk Muhammad Jailani Bin Khamis iaitu Adun Rembia.

 

yassir suara viral yang menjadi tetamu undangan

Selain itu, majlis turut dimeriahkan persembahan dari yassir suara viral yang menjadi tetamu undangan bagi memeriakan majlis rumah terbuka ini. Keriangan rumah terbuka ini dapat dilihat sangat menyenangkan dan mengembirakan ramai pihak kerana ini adalah rumah terbuka yang pertama kali diadakan selepas dua tahu rakyat Malaysia tidak dapat berkumpul akibat dari wabak pandemic COVID-19 yang melanda negara sejak beberapa tahun yang lalu.

 

Oleh itu, majlis ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari seluruh penduduk negeri Melaka dan selain itu dapat juga mengeratkan silaturrahim antara penduduk dan ahli-ahli dewan undangan negeri yang terlibat.

 

Comments