RUMAH TERBUKA DUN REMBIA

 

RUMAH TERBUKA DUN REMBIA

  oleh : Nur Atikah Binti Salim


 13 MEI 2022- Pada Jumaat yang lepas, sebuah rumah terbuka Bersama Dun Rembia telah diadakan di Japerun Rembia yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Majlis ini telah bermula pada jam 8 malam. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yb Senator Datuk Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali dan beberapa ahli dewan undangan negeri yang lain.

 

 Makanan yang dihidangkan adalah seperti ketupat, rendang, aiskrim dan pelbagai jenis menu menarik yang telah disediakan. Tambahan lagi, di sini juga terdapat beberapa pencuci mulut, buah buahan dan pelbagai lagi. Para penduduk yang hadir dilihat begitu gembira menikmati juadah-juadah yang dihidangkan.

 

“Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh penduduk negeri Melaka terutama penduduk di Dun Rembia ini, Dilihat majlis malam ini telah berjalan seperti yang dirancang dan mendapat sambutan yang meriah dari penduduk di sekitar rembia. Diharapkan majlis rumah terbuka ini akan dapat mengeratkan silaturahim di antara ahli dewan undangan negeri dan penduduk-penduduk di sekitar Rembia ini ” kata Datuk Muhammad Jailani Bin Khamis iaitu Adun Rembia.

 

Keriangan rumah terbuka ini dapat dilihat sangat menyenangkan dan mengembirakan ramai pihak kerana ini adalah rumah terbuka yang pertama kali diadakan selepas dua tahu rakyat Malaysia tidak dapat berkumpul akibat dari wabak pandemic COVID-19 yang melanda negara sejak beberapa tahun yang lalu.

 

Oleh itu, majlis ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari seluruh penduduk negeri Melaka dan selain itu dapat juga mengeratkan silaturrahim antara penduduk dan ahli-ahli dewan undangan negeri yang terlibat.

 

Comments

Popular Posts