RUMAH TERBUKA PENGKALAN BATU

 

RUMAH TERBUKA PENGKALAN BATU

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

29 Mei 2022 – Sebuah rumah terbuka telah diadakan di Japerun Pengkalan Batu bersama YB Datuk Kalsom Nordin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu. Majlis yang bermula pada jam 8 malam ini dimeriahi dengan kehadiran tetamu jemputan yang begitu ramai.

Hidangan menu yang disediakan memberi pilihan yang banyak buat para tetamu yang hadir ke majlis rumah terbuka tersebut. Antara menunya ialah nasi impit, rendang ayam, sate, aneka sup, roti canai dan sebagainya.





Antara menu yang dihidangkan buat para tetamu

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Keluasan japerun ini telah memberi keselesaan kepada para tetamu untuk menjamu selera di bahagian luar dan dalam japerun tersebut. Selain itu, terdapat juga beberapa kereta lembu yang disediakan di sini. Para tetamu tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama beberapa kereta lembu itu.

 

 

 

 



Kehadiran para tetamu jemputan yang hadir di Japerun Pengkalan Batu

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 


“Saya dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam” kata YB Datuk Kalsom Nordin, dalam ucapan raya yang dibuat oleh beliau.

Di samping itu, majlis ini dimeriahkan lagi dengan nyanyian karaoke dan persembahan tarian oleh kanak-kanak di majlis hari terbuka tersebut. Beberapa aktiviti juga turut diadakan bersama para tetamu yang hadir.

Majlis ini berjalan dengan begitu lancar dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari pelbagai lapisan masyarakat. Majlis ini juga telah berakhir pada jam 11 malam.

Comments