RUMAH TERBUKA KIPIDAP ( AYAHANDA RANI KULOP )
RUMAH TERBUKA KIPIDAP ( AYAHANDA RANI KULOP )
31
MEI 2022- Pada Selasa yang lalu, satu majlis rumah terbuka telah dianjurkan
oleh Koperasi Kipidap dan telah diadakan di Kg Baru, Ampang. Majlis ini telah
bermula pada jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 12 tengahhari. Majlis ini
telah dihadiri dan dimeriahkan oleh pengerusi koperasi kipidap iaitu Ayahanda
Rani Kulop.
Makanan yang
dihidangkan adalah seperti nasi tomato, ayam masak merah, kopi dan pelbagai jenis menu
menarik yang telah disediakan. Tambahan lagi, di sini juga terdapat beberapa
pencuci mulut, buah buahan dan pelbagai lagi.
antara barisan orang kuat koperasi kipidap |
“Saya
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli-ahli
koperasi kipidap dan beberapa NGO yang terlibat dalam menjayakan majlis ini”,
kata Ayahanda Rani Kulop dalam ucapan beliau.
Keriangan
rumah terbuka ini dapat dilihat sangat menyenangkan dan mengembirakan ramai
pihak kerana ini adalah rumah terbuka yang pertama kali diadakan selepas dua
tahu rakyat Malaysia tidak dapat berkumpul akibat dari wabak pandemic COVID-19
yang melanda negara sejak beberapa tahun yang lalu.
Oleh
itu, majlis ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari seluruh penduduk
negeri Melaka dan selain itu dapat juga mengeratkan silaturrahim antara
penduduk dan ahli-ahli dewan undangan negeri yang terlibat.
Comments
Post a Comment