ASAHAN WATER THEME PARK @ LAMAN TIGA BUDAYA

 

Asahan Water Theme Park @ Laman Tiga Budaya

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

    Industri pelancongan merupakan sektor yang penting bagi kemajuan sesebuah negara. Hal ini disebabkan hasil sumbangan yang lumayan dari industri pelancongan boleh memajukan sesebuah negara. Seperti yang kita sedia maklum, negeri Melaka merupakan antara negeri yang terkenal dengan tempat pelancongan yang sering menjadi tumpuan pelancong luar mahupun tempatan.

    Di negeri Melaka, terdapat satu taman tema air yang sering menjadi perhatian buat para pengunjung iaitu Asahan Water Theme Park atau dikenali dengan Laman Tiga Budaya yang terletak di Jasin, Melaka. Taman tema air ini telah ditubuhkan pada tahun 2022 yang mana pengurusnya ialah Encik Haziq Nasir, Ketua Operasi dari AWTP Holdings Sdn Bhd.


Foto hiasan

 

    Para pengunjung semestinya akan menilai sesebuah tempat pelancongan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Oleh itu, Asahan Water Theme Park ini adalah pilihan yang tepat buat mereka yang mana menyediakan pelbagai aktiviti yang begitu menyeronokkan sehingga mampu menambat hati para pelancong.



    Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan di sini ialah ‘camp site’, iaitu para pengunjung boleh memilih jenis pemandangan yang mereka minati. Selain itu, aktiviti mendaki gunung ledang, jungle trekking, all-terain vehicle (ATV), motor-cross, paintball, camping site dan gampling serta sukaneka air dan darat. Harga tiket bayaran taman tema air ini pada hari minggu ialah RM 12 bagi dewasa dan RM 7 bagi kanak-kanak manakala pada hujung minggu, harga tiket bagi dewasa ialah RM 15 dan RM 10 bagi kanak-kanak. Yang menariknya, taman tema air ini juga turut menyediakan sewaan khemah bermula harga RM 100 hingga RM 170. Pakej yang disediakan ini boleh memuatkan sehingga enam hingga tujuh orang di dalam sebuah khemah.

 

 

 

 

 

 

 

 


                                                        Foto hiasan

    Selain dari itu, terdapat tiga buah restoran yang dimiliki oleh pengurus tersebut yang mana masing-masing terletak di negeri Melaka, Johor Bharu dan Negeri Sembilan. Pelbagai menu hidangan yang disediakan di restoran tersebut iaitu tujuh jenis pizza, empat jenis pasta dan makanan barat yang dihidangkan buat para pelanggan manakala jenis-jenis minuman juga terdiri dari minuman panas dan sejuk, ‘house blend milkshake’ serta minuman yang berkarbonat turut disediakan di restoran tersebut.

    Tarikan istimewa yang terdapat di taman tema air ini ialah ianya terletak di sempadan tiga negeri. Keunikannya yang terletak di batu sempadan sangat menjadi tumpuan para pelancong sehingga mampu mencecah 10,000 pelancong yang hadir dalam masa sebulan. Oleh itu, para pelancong disarankan hadir ke taman tema air ini bagi turut merasai keseronokan aktiviti yang disediakan di Asahan Water Theme Park.

Comments

Popular Posts