BUFFET RAMADHAN DI IMPERIAL HERITAGE HOTEL
BUFFET RAMADHAN DI IMPERIAL HERITAGE HOTEL
Oleh: Nur Aishah binti Ismail
6 April 2022 – Hari ke-4 umat Islam
berpuasa di bulan Ramadhan, sebuah program berbuka puasa di sebuah hotel telah
diadakan di bandar Melaka yang juga dikenali sebagai Imperial Heritage Hotel,
Melaka Raya semalam. Sebuah hotel yang terletak di bandar Melaka itu semestinya
dikenali oleh semua penduduk dan rakyat di negeri ini. Kedudukannya yang begitu
strategik sememangnya sering menjadi
pilihan buat para pelancong luar dan tempatan.
Konsep tradisional yang digunakan telah
diikuti beberapa elemen yang dikenali sebagai ‘Thai Style & Dessert’
yang sangat menarik perhatian para pengunjung yang telah membuat tempahan di
hotel tersebut. Menu-menu yang dihidangkan telah dimasak oleh dua orang tukang
masak yang sangat berpengalaman yang berasal dari Bangkok, Thailand. Namun begitu,
ada juga tukang masak tempatan yang beragama Islam akan menghidangkan pelbagai
jenis masakan tradisional buat para pengunjung.
Kupang sambal -
Antara menu utama di Imperial Heritage Hotel
Di kala dunia sedang menghadapi wabak pandemik
COVID-19 ini, semestinya ia sangat sukar untuk mencari pelanggan dan pekerja
bagi membolehkan hotel ini beroperasi. Oleh itu, pelajar-pelajar yang menuntut
di insituti masing-masing sedang menjalani latihan industri di hotel tersebut
selama enam bulan. Hal ini membolehkan mereka membantu pihak pengurusan yang
kekurangan staf untuk melakukan kerja-kerja mereka.
Menu-menu yang disajikan akan ditukar
mengikut menu utama pada setiap minggu begitu juga dengan pelbagai jenis air
dan pencuci mulut turut disediakan. Oleh itu, para pelanggan boleh membuat
pilihan menu sebelum membuat tempahan mengikut citarasa yang mereka minati. Kapasiti
yang boleh dimuatkan dalam sesuatu masa ialah seramai 200 pax pada hujung
minggu berdasarkan tempahan yang akan dibuat.
Pencuci mulut
yang dihidangkan kepada para pelanggan
“Pakej yang ditawarkan oleh pihak kami ini
sebenarnya telah bermula pada awal Januari yang lalu, dan kami telah menerima
sambutan yang sangat menggalakkan dari pelbagai pihak. Pakej yang berharga RM
78 untuk dewasa, dan RM 40 untuk kanak-kanak dan warga emas ini akan
berlangsung sepanjang bulan ramdhan sehingga 2 Mei 2022” kata Mohd Huzaidy,
Pengurus Besar, Imperial Heritage Hotel, Melaka.
Beliau
juga menyatakan bahawa sebuah program berbuka puasa bersama anak yatim akan
diadakan pada bulan Ramadhan ini. Program itu merupakan program tahunan yang
diadakan di hotel ini bagi menggembira dan meraikan anak-anak yatim di sana. Beliau
sangat mengalu-alukan kehadiran para pengunjung dan pelanggan untuk berbuka
puasa di hotel ini. “Saya menjemput semua rakyat dan penduduk Melaka untuk
berbuka puasa di hotel ini yang mana tempatnya begitu strategik serta parkir
yang percuma secara bertingkat juga turut disediakan di sini” jelas Mohd
Huzaidy. Beliau turut menyatakan bahawa hotel ini bersebelahan dengan pusat membeli
belah, Dataran Pahlawan yang mana para pengunjung boleh memilih untuk menjamu
selera di hotel ini selepas membeli-belah.
Comments
Post a Comment