BUFFET RAMADHAN DI PANGGUNG PERPATIH, MELAKA

 

BUFFET RAMADHAN DI PANGGUNG PERPATIH, MELAKA

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

11 April 2022 – Adat dan budaya Tradisional Melayu kini kian dilupakan oleh masyarakat pada zaman kini. Panggung Perpatih di Alor Gajah, Melaka memperkenalkan suatu kelainan kepada masyarakat di luar sana dengan memberi peluang untuk umat Islam berbuka puasa di Panggung Perpatih, Melaka.



                                                            Pemandangan di kawasan luar Panggung Perpatih Melaka

 


                                                                    Persembahan nyanyian yang disampaikan oleh INSWA

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Konsep ‘bersila’ yang digunakan telah memberi peluang kepada masyarakat di luar sana untuk merasai pengalaman berbuka puasa ala-ala kampung seperti pada zaman dahulu. Lebih 70 hidangan menu yang disajikan kepada para pelanggan termasuk masakan-masakan salai, asam pedas, kambing bakar, sate, ulam-ulaman, pencuci mulut dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, para pelanggan juga turut dihalwakan dengan persembahan dan iringan muzik dari Institut Warisan Melaka (INSWA) yang sangat merdu.

“Ini merupakan percubaan kali pertama untuk mengadakan buffet ramadhan di sini selepas Muzium Adat Istiadat ini diserahkan kepada INSWA dan Alhamdulillah kami terima sambutan yang menggalakkan” kata Norman Baroldin, Pengurus Besar INSWA berkenaan.



                                                        Antara hidangan menu yang disediakan untuk buffet ramadhan

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Katanya, muzium yang telah dibaikpulih itu telah menjadi persetujuan ramai pihak untuk dijadikan tempat untuk diadakan buffet ramadhan pada tahun ini. Beliau turut menjelaskan lagi bahawa 150 pax adalah jumlah anggaran kapasiti yang boleh dimuatkan di dalam sesuatu masa. Para pelanggan juga boleh memilih untuk duduk bersila atau berbuka puasa di bawah khemah yang tertelak luar muzium tersebut.

“Pakej harga yang ditawarkan ialah antara yang termurah di Melaka iaitu RM 59 untuk dewasa dan RM 39 bagi kanak-kanak dan warga emas” ulasnya lagi. Beliau menjemput seluruh warga Melaka untuk hadir ke buffet ramadhan ini dan berhasrat agar konsep yang digunakan ini dapat menghidupkan kembali adat tradisi Melayu yang kian hilang.

Comments

Popular Posts