PERLAWANAN PERSAHABATAN NYALAS FC DAN SUPERFLY FC

 

Perlawanan persahabatan Nyalas FC dan Superfly FC

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

Perlawanan persahabatan bola sepak antara Nyalas FC dan Superfly FC telah diadakan di sebuah padang yang bertempat di Nyalas, Jasin. Penganjur, Encik Azmar Abd Hamid @ Shaaim bersama Bahagian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Putrajaya telah bekerjasama bagi menganjurkan acara tersebut.

Acara yang telah diadakan ini adalah merupakan acara tahunan bagi kumpulan Superfly FC yang berasal dari negeri Selangor. Oleh yang demikian, negeri Melaka telah menjadi pilihan mereka bagi menjalankan acara tersebut sekaligus dapat merapatkan silaturrahim dan ukhwah antara satu sama lain.

Para pemain disediakan tempat penginapan di sebuah taman tema air yang bernama Asahan Water Theme Park atau dikenali dengan Laman Tiga Budaya selama dua hari satu malam. Taman tema yang tidak jauh dari tempat perlawanan itu telah menjadi pilihan orang ramai disebabkan banyak tarikan yang sering menjadi perhatian para pengunjung di dalam mahupun luar negeri.

Asahan Water Theme Park yang terletak berhampiran di kaki gunung ledang ini mempunyai tarikan yang unik bagi menarik perhatian pelancong. Pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan di taman tema tersebut. Antara aktiviti yang dimainkan oleh mereka ialah ‘camping site’ dan wayang pacak yang juga merupakan aktiviti yang baru disediakan di taman tema tersebut.

Suasana dan pemandangan yang begitu indah sekaligus telah menambat hati para pengunjung yang berkunjung ke taman tema tersebut. Pengurus di taman tema itu mensasarkan jumlah bilangan pengunjung yang hadir ke taman tema tersebut adalah kira-kira seramai 10,000 orang dalam masa sebulan. Tarikan di taman tema air itu yang begitu istimewa dan unik pastinya dikunjungi dan diminati tidak kira pelbagai kaum dan bangsa.

Pihak penganjur dan pemain yang lain berharap agar acara seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Selain penginapan yang begitu selesa, para pengunjung juga sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah disediakan.

 

Comments

Popular Posts