KEUNIKAN MASJID CINA NEGERI MELAKA

 

KEUNIKAN MASJID CINA NEGERI MELAKA

8 April 2022 – Sebuah masjid yang mempunyai keunikan seni binanya yang tersendiri sering menjadi tumpuan para pelancong luar dan tempatan di negara ini. Masjid yang dinamakan sebagai Masjid Cina Al-Muttaqin ini terletak di Kompleks Sukan Hang Jebat di Paya Rumput, Melaka. Pembinaannya yang telah ditubuhkan pada tahun 2014 telah mendapat sambutan dan maklum balas yang sangat bagus dari pelbagai pihak. Selain mempunyai tapak seluas 0.4 hektar itu, masjid ini juga telah menjadi salah satu masjid kerajaan negeri Melaka ini.



                                                                    Landskap hadapan Masjid Cina Negeri Melaka

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Masjid Cina Al- Muttaqin yang mempunyai reka bentuk seni bina beberapa masjid di Beijing, Shanghai dan Xi’an di negara China ini turut mempunyai satu menara masjid dan dua kubah. Tambahan pula, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang telah menjadi salah satu faktor pelancong membuat pilihan untuk melancong di sini. Sebuah organisasi yang dinamakan ‘Sahabat Masjid’ iaitu sukarelawan masjid telah ditubuhkan oleh Ustaz Murad Ahmad, bekas Imam 1 di Masjid Cina ini.

Tujuan penubuhannya adalah untuk membantu pegawai-pegawai masjid di dalam menguruskan sesebuah program. Ia juga turut membantu dalam pelbagai aspek yang diperlukan. Seramai lebih kurang 30 orang ‘Sahabat Masjid’ ini telah terdiri dari masyarakat setempat yang tinggal berhampiran dengan Kampung Krubong dan Kariyah Paya Rumput.

Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai jenis program telah diadakan di masjid ini bagi memeriah dan mengimarahkan pembinaan masjid ini. Antara salah satu program yang diadakan pada hari tersebut ialah Program Mufti bersama Umara’ yang mana ia telah dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rostam, Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil.

Program yang diadakan ini adalah idea dan cadangan dari TYT Tun yang mana turut membantu dalam penubuhan Masjid Cina ini pada beberapa tahun yang lalu. Ia telah bermula pada jam 12.15 tengahari dengan ceramah atau tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Nur Amali manakala khutbah Jumaat pula telah disampaikan oleh YB Senator Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


“Program ini merupakan kerjasama antara Mufti Negeri Melaka dan Masjid Cina negeri Melaka yang telah memilih masjid ini untuk mengadakan program tersebut” kata Muhammad Faiz, Imam 2 Masjid Cina Negeri Melaka.

                                                                      

                                Penyampaian sumbangan oleh TYT Tun di Masjid Cina Negeri Melaka

 
 


Tambahnya lagi, program ini ialah program kali pertama yang dihadiri oleh Mufti Melaka yang mana beliau merupakan Pengerusi di masjid tersebut. Seterusnya, program tersebut telah diteruskan dengan sumbangan dari TYT Tun kepada pegawai syarak dan sukarelawan ‘Sahabat Masjid’ serta agihan bubur lambuk turut diberikan kepada Jemaah yang hadir di masjid tersebut. “Saya berharap agar program ini akan berjalan dengan lancar dan baik kerana ia merupakan sebuah program yang agak besar untuk kami kendalikan” ulasnya lagi.

 

Comments

Popular Posts