BUFFET RAMADHAN DI AMVERTON HERITAGE RESORT
BUFFET RAMADHAN DI AMVERTON HERITAGE RESORT
Oleh: Nur Aishah binti Ismail
18 April 2022 – Hari ke-13 umat Islam
berpuasa, sebuah buffet ramadhan di sebuah resort yang terletak di Ayer Keroh
ini selalu menjadi pilihan orang ramai. Hotel yang bernama Amverton Heritage
Resort ini terletak berhampiran dengan Tol Ayer Keroh kira-kira 500 meter dari
tempat tersebut.
Amverton Heritage Resort
“Konsep yang kami gunakan ialah konsep ‘ala
kampung’ yang mana kami menghidangkan masakan kampung seperti masak lemak,
asam pedas dan pelbagai jenis kuih-kuih tradisional Melayu yang menjadi pilihan
masyarakat di luar sana” ulas Alexander De Cruz, Pengurus bahagian makanan dan
minuman di Amverton Heritage Resort tersebut.
Pelanggan
membuat pilihan makanan seperti yang disediakan
Selain itu, menu yang disediakan juga
adalah menu selera kampung yang berbeza setiap hari selain salad, ‘mushroom
sauce’ dan pelbagai pilihan dessert juga turut disediakan di sini. Bagi
harga pakej yang ditawarkan untuk buffet ramadhan ini pula adalah sebanyak RM
35 untuk dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak yang berusia empat tahun ke atas.
Suasana dan pemandangan yang begitu indah
dan selesa menjadi faktor utama para pelanggan untuk memilih Amverton Heritage
Resort sebagai pilihan mereka untuk menikmati juadah berbuka puasa di sini
selain menu-menu yang dihidangkan juga memberi banyak pilihan kepada para
pelanggan.
Comments
Post a Comment