BUFFET RAMADHAN SELERA WARISAN DI TEMASEK HOTEL
BUFFET RAMADHAN SELERA WARISAN DI TEMASEK
HOTEL
Oleh: Nur Aishah binti Ismail
7 April 2022 – Pada Khamis yang lalu,
sebuah program berbuka puasa telah diadakan di Temasek Hotel yang terletak di
Kampung Portugis, Melaka. Walaupun lokasinya yang agak terpencil, namun hotel
ini sering mendapat tempahan untuk berbuka puasa pada setiap tahun. Suasananya
yang agak menenangkan mungkin telah menjadi tumpuan dan pilihan buat orang
ramai.
Kawasan lobi di
Temasek Hotel
Pelbagai menu juadah berbuka puasa yang
dihidangkan kepada para pelanggan terutamanya makanan yang berkonsepkan warisan
seperti masakan dan citarasa kampung yang menjadi pilihan utama pelanggan.
Tambahan lagi, hotel ini juga turut menyediakan menu yang berlainan pada setiap
hari sepanjang bulan ramadhan ini berlangsung. Antara menu lainnya termasuk
nasi beriani, kambing golek dan sebagainya termasuk lebih dari 10 pilihan air
yang disediakan.
Harga yang berpatutan antara faktor yang
menjadi pilihan para pengunjung untuk berbuka puasa di Temasek Hotel ini. Pakej
yang disediakan adalah RM 43.90 untuk dewasa manakala RM 31.90 bagi kanak-kanak
dan warga emas. Selain itu, pakej ini juga akan berlangsung sepanjang bulan
ramadhan ini.
Para pelanggan memilih pelbagai hidangan
berbuka puasa
“Saya menjemput semua pengunjung di luar
dan dalam negeri Melaka untuk tidak melepaskan peluang berbuka puasa
bersama-sama di Temasek Hotel ini sepanjang bulan ramadhan” kata Encik Zahid,
pengurus Buffet Ramadhan Selera Warisan di Temasek Hotel.
Para pengunjung semestinya tidak akan
melepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama keluarga atau kawan-kawan di sini.
Pemandangan yang sungguh tenang dan cantik di hotel ini pasti akan memikat hati
pengunjung di luar sana.
Comments
Post a Comment