‘MAI PAKAT’ PLATFORM UNTUK PRODUK-PRODUK MUSLIM
20 MAC 2022 – Pada hari Sabtu yang lalu, sebuah pelancaran program yang bernama‘Program Usahawan Mai Pakat’ telah diadakan di Hang Tuah Café, Melaka. Program itu berlangsung bermula jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang dan jumlah anggaran pihak yang terlibat adalah anggaran lebih dari 18 pihak. Oleh itu, program ini mendapat sambutan yang memberansangkan dimana kehadiran jemputan melebihi dari yang dianggarkan.
Sesi fotografi bersama Ayahanda Rani Kulop
Sedikit biodata mengenai Ayahanda Rani Kulop, beliau merupakan seorang aktivis dan pesara tentera di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM). Beliau diberi jolokan Raja Report Malaysia terkenal dengan moto ‘kipidap’ (sebutan bagi keep it up! dalam bahasa Inggeris) dan sering muncul di televisyen setelah membuat banyak laporan polis mengenai isu semasa dan dikatakan telah membuat 1,000 laporan polis sejak 2011.
Konsep perkataan ‘Mai Pakat’ berasal dari lorat negeri kedah iaitu ‘mai’ yang bermaksud datang dan pakat yang bermaksud ‘komuniti’ dan ia digabungkan menjadi ‘Mai Pakat’ yang bermaksud mengajak orang ramai untuk datang berkomuniti dengan usahawan yang hadir ke program ini.
Ketika ditanya mengenai anggaran kos yang dikeluarkan oleh penganjur, Encik Zairi berkata anggaran kos yang digunakan ialah lima ribu termasuk kos pengangkutan, tol dan makanan. Program ini menggabungkan enam usahawan yang berjaya antaranya Diy Mart, MyMart, Kipidap Burger, usahawan kopi dan industri kecil sederhana (IKS). Antara jenis produk yang dijual pada hari tersebut ialah kuey teow kipidap, burger kipidap dan pelbagai produk-produk IKS yang diperkenalkan kepada pembeli.
Kempen ‘Mai Pakat’ ini akan sentiasa berjalan sehingga ia mampu mengumpulkan lebih ramai NGO di seluruh Malaysia. Ketika ditanya mengenai harapan penganjur, Encik Zairi berkata harapan beliau adalah untuk lebih berjaya memasarkan produk-produk muslim ke serata dunia dan menjadikan kempen ‘Mai Pakat’ ini dikenali lebih ramai lagi.
Comments
Post a Comment