BUFFET RAMADHAN DI HOTEL SENTRAL REVIEW
BUFFET RAMADHAN DI HOTEL SENTRAL RIVERVIEW
Oleh: Nur Aishah binti Ismail
9 April 2022 – Waktu hujung minggu sering
menjadi pilihan ibu bapa untuk meluangkan masa bersama keluarga anak-anak
mereka. Hal ini kerana hujung minggu adalah hari dan masa yang lapang untuk
melakukan sebarang aktiviti. Pada Sabtu yang lalu, Hotel Sentral Riverview
telah mengadakan sebuah program buffet ramadhan yang bermula pada jam 6 petang
sehingga 8 malam.
|
Lokasi hotel tersebut yang terletak di
Jalan Hang Tuah sering menjadi pilihan pelanggan kerana kedudukannya yang
terletak di persisiran jalan sahaja. Oleh itu, hotel ini sangat mudah untuk
dicari bagi pelanggan yang baru pertama kali hadir ke hotel ini.
Khairulnizam Ramli, Pengurus Operasi Hotel
Sentral berkata, hidangan menu yang disajikan kepada para pelanggan adalah
lebih tertumpu kepada masakan-masakan kampung yang menjadi menu utama di hotel
ini. Antara menu yang disediakan ialah tujuh juadah masakan kampung, kambing
panggang, roti john, aneka mee dan ‘steamboat’.
“Pakej harga yang ditawarkan ini adalah
sangat berpatutan untuk semua orang dengan harga RM 50 untuk dewasa dan RM 25
untuk kanak-kanak dan warga emas” katanya lagi. Beliau menjelaskan lagi bahawa
pakej ini juga turut diadakan sepanjang bulan ramadhan pada setiap tahun.
|
|||||||
|
Menikmati juadah berbuka puasa sambil melihat persembahan nyanyian di Hotel Sentral Riverview ini semestinya adalah suatu perkara yang sangat menghiburkan kepada para pelanggan. Selain dari hidangan juadah berbuka puasa yang sangat lazat, ruang dan tempat yang disediakan juga adalah begitu selesa buat para pelanggan walaupun kapasiti yang boleh dimuatkan dalam sesuatu masa 250 pax mengikut ‘Standard Operation Procedure’ (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Berbuka puasa bersama keluarga adalah
aktiviti mingguan kami dalam bulan ramadhan yang mana Hotel Sentral Riverview
ini adalah salah satu hotel yang menjadi pilihan kami pada setiap tahun,
mungkin kerana kami sangat berpuas hati dengan layanan dan makanan yang
disediakan di sini dan saya boleh memberikan penilaian 10/10 untuk hotel ini”
ulas Jamaludin, pelanggan di hotel tersebut semasa di temu bual.
Pengurus operasi hotel tersebut menyatakan
hasrat beliau agar peluang ini akan memberikan sinar baharu buat semua lapisan
masyarakat di negara ini. Beliau juga berharap agar para pelanggan tidak
melepaskan peluang untuk sama-sama berbuka puasa bersama keluarga dan
kawan-kawan di Hotel Sentral Riverview ini.
Comments
Post a Comment