BUFFET RAMADHAN DI LA CRISTA HOTEL

 BUFFET RAMADHAN DI LA CRISTA HOTEL

Oleh: Nur Aishah binti Ismail

21 April 2022 – La Crista Hotel, Melaka yang terletak di Jalan Hang Tuah mempunyai reka bentuk bangunan tersergam indah yang pastinya menarik perhatian para pelancong tempatan mahupun pelancong luar. Hiasan siling yang berkubah kaca dan tiang-tiang Rom ini telah menunjukkan kemewahan dan kemegahan hotel ini.





                                                            La Crista Hotel, Jalan Hang Tuah Melaka

 




                                    Ruangan santapan yang kondusif

 


Sepanjang bulan ramadhan ini berlangsung, hotel ini menyediakan buffet ramadhan dengan sajian yang sangat menyelerakan dan berpuas hati. Konsep buffet ramadhan yang digunakan iaitu ‘Selero Nusantara’ telah memperkenalkan menu makanan dari negara Jiran iaitu Indonesia dengan masakan jawa, masakan sunda dan sebagainya. Namun begitu, masakan tempatan juga turut disediakan bagi memenuhi citarasa masyarakat Malaysia.

“Sukacita juga saya maklumkan bahawa seramai empat orang chef yang berasal dari Indonesia telah menjadi tukang masak di sini semata-mata untuk menyediakan sajian ‘Selero Nusantara’ ini” kata Dato’ Rosthman Ibrahim, Manager Director La Crista Hotel.





                                                            Pelbagai juadah dihidangkan kepada para pelanggan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


“Pakej harga yang sangat berpatutan ini bermula dari RM 78 untuk kanak-kanak sehingga RM 108 untuk dewasa” tambahnya lagi. Selain itu, bagi had kapasiti yang boleh dimuatkan di hotel ini ialah seramai 350 orang di lobi dalam sesuatu masa. Namun begitu, hotel ini juga mempunyai ruangan tambahan di tingkat enam dan tujuh yang mana boleh memuatkan sehingga lebih dari 500 orang dalam sesuatu masa.

Di samping pelbagai kemudahan yang ada di hotel ini, kemudahan surau yang besar menjadi antara faktor hotel ini menjadi pilihan para pengunjung. Surau yang disediakan begitu besar mampu memuatkan sehingga lebih dari 200 jemaah dalam sesuatu masa. Imam yang memimpin bacaan solat Maghrib, Isyak dan solat Terawih ini berasal dari Pusat Tahfiz yang kira-kira tidak jauh dari hotel ini.

“Selepas selesai solat sunat Terawih, para pengunjung boleh menikmati hidangan moreh yang berkonsepkan ‘colek’ yang mana berasal dari makanan harian penduduk di negeri Timur”, ulasnya lagi ketika ditemu bual di sini. Beliau turut menjelaskan bahawa hidangan moreh ini bermula jam 9.30 malam sehingga 2.00 pagi di sebuah kawasan yang terbuka di tingkat enam.

Beliau turut mengalu-alukan kedatangan para pengunjung luar dan tempatan untuk sama-sama menikmati dan mencuba masakan tempatan dan Indonesia. Beliau menyeru orang ramai agar tidak melepaskan peluang untuk sama-sama berbuka puasa di La Crista Hotel ini. 



Comments

Popular Posts