DUTCH HARBOUR CAFE, MELAKA
DUTCH HARBOUR CAFÉ, MELAKA
31 Mac 2022 – Sebuah program Preview Buffet
Ramadhan telah diadakan di sebuah café yang sangat unik di Bandar Hilir,
Melaka. Café yang berhampiran di tepi sungai Melaka itu dimiliki oleh seorang
usahawan Melayu, Encik Azhar bin Abu Rais yang berasal dari Muar. Beliau yang
sangat meminati bangunan-bangunan bersejarah telah memilih negeri Melaka
sebagai tempat memulakan perniagaannya. Beliau juga telah menetap selama 15
tahun di Melaka bersama keluarganya.
Foto hiasan
Tujuan preview buffet ramadhan ini
dijalankan adalah sempena menyambut bulan ramadhan yang bakal menjelang
beberapa hari lagi. Selain itu, ia juga adalah untuk menarik pelanggan
khususnya penduduk di Melaka bagi menikmati suasana berbuka puasa dengan
pemandangan yang berbeza.
Pelbagai jenis hidangan yang disediakan
pada hari tersebut bagi menyambut kehadiran tetamu yang dijemput. Antaranya
ialah sup daging, nasi kerabu, ikan patin masak tempoyak, ayam masak merah,
asam pedas daging tetel, ikan keli berlado, labu masak lemak, sayur kubis
goreng dan pelbagai lagi menu yang disediakan. Kuih-muih juga turut dihidangkan
sebagai pencuci mulut.
Sepanjang bulan ramadhan ini, beberapa
promosi akan ditawarkan kepada para pelanggan yang berkunjung ke café ini.
Antaranya ialah 10% diskaun akan diberikan kepada sesiapa yang membuat tempahan
sebelum 3 April 2022 bagi tarikh 5 hingga 10 April 2022. Waktu operasi café ini
adalah bermula jam 6.00 petang hingga jam 10.30 malam.
Makanan buffet yang akan disediakan pada bulan
Ramadhan
“Saya rasa tepi sungai ini ialah tempat
tarikan pelancong khusunya bagi pelancong asing yang pertama kali melawat ke
negeri ini” kata Encik Azahar, pengurus café tersebut. Lokasi yang sangat
strategik semestinya menjadi pilihan orang ramai, oleh itu, café yang mempunyai
pandangan dan suasana yang berbeza ini, telah pun menjadi pilihan buat
kebanyakan masyarakat di Malaysia. Selain makanan barat, café ini juga
menyediakan masakan asli tradisional Melayu, maka, para pelanggan boleh membuat
pilihan jenis makanan mengikut citarasa mereka.
Kapasiti bilangan tetamu yang boleh
dimuatkan di dalam café ialah sehingga 60 pax pada suatu masa. Para pelanggan
boleh membuat pilihan untuk menjamu selera di dalam café mahupun bersebelahan dengan
Sungai Melaka. “Harga yang kami tetapkan sangatlah berbaloi bagi setiap menu
yang ada” kata Encik Azahar yang juga menjelaskan julat harga bagi menu utama
mereka. Menariknya, promosi buffet ramadhan turut diadakan berdasarkan harga RM
29.90 bagi seorang dewasa dan RM 18.90 bagi kanak-kanak.
Para pelanggan boleh memarkir kenderaan
mereka secara berbayar mahupun berhadapan dengan Public Bank Berhad yang tidak
jauh dari café tersebut. Walaupun keadaan negeri ini yang begitu sesak, namun
parkir yang disediakan adalah sangat selamat buat para pelanggan.
Natijahnya, program yang dijalankan ini
telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pelbagai pihak yang
terlibat sekaligus dapat mengenalkan café ini kepada orang luar. Ia juga dapat
mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Pengurus café ini turut
berharap agar café ini dikunjungi oleh ramai pelancong luar dan tempatan
terutama sekali apabila sempadan negara telah dibuka semula.
Comments
Post a Comment