DAKI GUNUNG ASAHAN : EPISOD 1
DAKI
GUNUNG ASAHAN
Oleh : NUR ATIKAH BINTI SALIM
Mendaki adalah aktiviti yang digemari
ramai. Sama ada secara individu atau berkumpulan, keseronokan aktiviti ini
boleh menjadi ‘ketagihan’ bagi sesetengah orang. Mungkin ada yang berminat atau
tertarik dengan aktiviti ini tapi tidak pernah mencubanya. Jadi untuk kali ini,
kami ingin berkongsi pengalaman dari seorang pendaki yang menyertai aktiviti
mendaki gunung asahan baru baru ini.
Salah seorang peserta yang mengikuti
aktiviti ini ialah Puan Faridah binti Mat Sahat. Beliau berkata ada beberapa cabaran
terbesar yang dihadapi oleh pasukan mereka antaranya untuk ‘checkpoint’ pertama
mereka mengambil masa kurang 30 minit dan ianya agak mencabar disebabkan ada
beberapa peserta yang mengalami masalah sistem pernafasan yang menyebabkan
mereka menjadi tercungap-cungap. Hal ini kerana mereka terlepas pandang untuk
melakukan senaman pernafasan sebelum pendakian bermula.
Antara sebahagian yang menyertai
aktiviti mendaki gunung ini
Beliau juga berkongsi beberapa input yang
dapat dikumpul sepanjang aktiviti ‘hiking’ ini berjalan antaranya ialah mereka
dapat mengawal pernafasan dengan betul, mempelbagaikan cara berjalan dan
mengawal cara permakanan sebelum mendaki bagi mendapatkan tenaga yang cukup
sepanjang pendakian berlangsung.
Aktiviti ini disertai oleh 10 yang
datang dari pelbagai latar belakang yang berlainan. Sebelum aktiviti pendakian
bermula , peserta perlu menyiapkan Latihan fizikal seperti memperbanyakkan
senaman serta pengambilan makanan dan minuman yang bertenaga bagi mengekalkan
tenaga yang lebih semasa aktiviti mendaki. Beliau berkata, sepanjang aktiviti
berlangsung ada beberapa pengalaman pahit yang dapat dikongsikan seperti
sebelum tiba di puncak. Peserta perlu melalui trek berbatu yang amat mencabar
sehingga menyebabkan kaki mereka mengigil dan itu adalah pengalaman yang pahit
yang dapat beliau kongsikan.
Comments
Post a Comment