BUFFET RAMADAN DI QUEENSPARK LOVITA HOTEL

 

BUFFET RAMADAN DI QUEENSPARK LOVITA HOTEL

 

Oleh : Nur Atikah Binti Salim

 

5 April 2022 – Bulan puasa menjelang tiba, kebanyakan tempat makan telah menyediakan buffet ramadhan dengan pelbagai jenis makanan, salah satunya adalah di Queenspark Lovita Hotel yang terletak di Melaka Raya. Pakej buffet Ramadan ini disediakan bermula jam 6.30 petang sehingga 10 malam.

 

Antara hidangan dan manisan yang terdapat di hotel ini

Puan Salina, pengurus hotel berkata buffet Ramadan ini akan berlangsung sepanjang bulan ramadan dengan harga yang mampu milik dan berpatutan. Antara makanan utama yang akan disediakan sepanjang bulan puasa ini adalah kambing golek, ini menjadi kelainan bagi buffet Ramadan tahun ini kerana,buffet ramadan tahun lepas mereka hanya menyajikan hidangan yang terhad dan tiada kambing golek. Justeru itu, mereka mengambil pendekatan untuk menjadikan kambing golek sebagai tarikan utama di Queenspark Lovita Hotel.

 

 

Kambing golek yang menjadi menu utama di hotel ini

Selain itu, harga yang ditawarkan bagi buffet ini jugak berpatutan iaitu RM59.90 bagi dewasa, RM35.90 bagi kanak-kanak, dan percuma bagi kanak-kanak yang berumur bawah 4 tahun. Disamping itu, mereka juga menawakan harga senior citizen iaitu pakej untuk warga emas yang berumur 50 tahun ke atas dengan harga RM49.90.

 

Antara tarikan lain di sini ialah mereka juga menyediakan sajian western ataupun makanan barat antaranya ialah pasta dan pemanis mulut yang terdiri dari kuih muih, pudding serta manisan yang lain.

 

Ketika ditanya mengenai harapan beliau, dia berharap agar orang melaka datang dan berbuka puasa di Queenspark Lovita Hotel kerana harga yang ditawarkan berpatutan dan tidak akan mengecewakan. Disamping itu, beliau berkata hotel ini juga menerima tempahan rumah terbuka untuk syawal nanti yang akan dipromosikan ketika minggu terakhir bulan ramadan.

Comments

Popular Posts