“LAGUNA BEACH RESORT “ MENARIK PENGUNJUNG DENGAN KONSEP AQUA RESORT
‘Resort’ adalah salah satu tempat tarikan pengunjung ketika ingin bercuti dan menenangkan diri dan Laguna Beach Resort Tanjung Bidara adalah salah satu pilihan untuk bercuti dan sebagainya. Laguna Beach Resort ataupun sebelum ini dikenali sebagai Tanjung Bidara Beach Resort yang ditubuhkan sejak 1983 dibawah kerajaan Negeri Melaka dan dirasmikan oleh Perdana Menteri ke empat iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad. Ia berubah menjadi Laguna Beach Resort pada 2020 dimana ia telah diambil alih oleh pemilik yang baru iaitu Encik Azmi Bin Udin dan Dato Sharifuddin Bin Hamat.
PINTU MASUK LAGUNA BEACH RESORT
Laguna Beach Resort ada
menawarkan beberapa pakej seperti pakej 3 hari 2 malam dan pakej jabatan-jabatan
yang ingin mengadakan slot ataupun kursus di sini. Pengunjung boleh melakukan tempahan bilik
secara walkin ataupun melalui online booking di ‘Agoda , Traveloka Dan
Booking.Com’. Di Laguna Beach Resort ada beberapa tarikan yang disediakan
seperti 2 kolam mandi untuk dewasa dan kanak kanak serta mereka juga mempunyai private
beach. Antara tarikan lain yang sering menjadi pilihan pengunjung disini ialah makanan.
Hal ini kerana, ‘resort’ ini menggunakan perkhidmatan chef dari Redan
Terengganu dan masakannya sering mendapat maklum balas yang baik dari
pengunjung yang menikmati makanan di Laguna Beach Resort.
Untuk makluman, Laguna Beach
Resort masih dalam proses melengkapkan kemudahan bagi pengunjung . Hal ini
disebabkan , sewaktu pandemik banyak sektor yang terjejas dan salah satu
daripadanya ialah sektor perlancongan jadi segala urusan menaiktaraf
dihentikan. Buat masa sekarang, pihak ‘resort’ sedang menaiktaraf kemudahan
mereka seperti menyediakan tempat ‘Paintball , Atv dan Camping Camp’. Selepas
pandemik , kebanyakkan sektor yang terjejas sedang cuba untuk menaikkan semula
perniagaan mereka termasuk pihak Laguna Beach Resort. Harapan pemilik resort
adalah supaya rakyat Malaysia dapat membantu dalam usaha untuk menaikkan semula
sektor perlancongan di Malaysia.
Comments
Post a Comment